Selasa, 16 Oktober 2012

THE DAY AFTER OCT 12, 2012


Pepagi ketika berada di Penginapan Percint 11, seawal selepas solat subuh, papa and amir menaiki bas kerana mahu ronda2 mencari sarapan..namun tidak jumpa.  Pulang dengan hampa, bercerita peristiwa dengan mama...mama kata jum kita pi lagi, so naik bas ronda-ronda lagi (amir tidak ikut serta) cuma papa and mama sahaja.  Konon, nak ke PICC, kami perlu berhenti dan menukar bas di Hentian Putrajaya Central, sampai sahaja di situ...Mak Andak called, beliau minta kami tunggu di Hentian Putrajaya Central kerana Pak Andak akan datang ambil.  Putrajaya Central dengan rumah Mak Andak tidaklah jauh, sebab boleh nampak rumah mereka..hahaha so, mama and papa tiada alasan.  (Sebenarnya kami sudah rancang sesudah penat `meratah view' Putrajaya, kami akan singgah di rumah Pak Andak di Percint 9).  Namun, rancangan kami berubah apabila mendapat panggilan telefon dari Mak Andak.  Tak apa, kami tetap enjoy.


Mengikut Jadual, kami perlu berada di UNITEN awal pagi bagi menguruskan beberapa hal belum beres di universiti itu.  Ini kerana, pada sebelah petangnya KakNgah perlu menghadiri raptai konvokesyen 29 KPTM di PICC.  Namun, kerana rancak dan seronok bercerita di rumah Mak Andak, kami dah kelewatan.  Sebab itu, `plan B' perlu dicipta bagi `menyelamatkan' keadaan (masa yang ada).  Kami cuma ada petang Jumaat dan pagi Isnin sahaja untuk berurusan kerana Pejabat UNITEN hanya dibuka pada waktu itu sahaja.  Petang Isnin, sudah perlu `terbang' pulang.

Hantar dan tinggalkan (tinggal bersyarat, wa cakap lu) KakNgah ke PICC sorang-sorang untuk aktiviti raptai konvo.  Syaratnya KakNgah mesti jumpa kengkawannya dulu, tuu pun yang rapat sahaja. Sementara, papa dan mama ke UNITEN untuk uruskan beberapa hal penting yang belum selesai.  Along pula perlu pulang ke KUIS kerana ada kuliah pada petang itu.  So, papa and mama ambil `executive taxi'  kerana pada masa tu, teksi itu yang ada.
So, sambil cari cari, tinjau tinjau kengkawan KakNgah di PICC.  Snap lah pic beberapa keping.
    









Ronda-ronda, jalan-jalan terjumpa dengan sofa gergasi ni, jadi duduk ambil gambar kenangan. 


Malamnya, Pak Andak family membawa kita orang ke Restoran Perantau Hill.  Bukan sahaja bawa ke sana, mereka juga belanja kita orang di sana. Terima kasih, Pak Andak, terima kasih Mak Andak.













Ini pula ketika berada di rumah Penginapan Percint 11.

Ruang Tamu 






Tiada ulasan: