Sabtu, 16 Ogos 2014

SELOKA HARI JADI AMIR AKMAL KE 15 2014

Seloka Hari Jadi Amir Akmal ke 15 2014

Berakhlak tinggi mendapat berkat,
Kurnia Ilahi tiada bandingan,
Tujuh belas Ogos hari keramat,
Hari di mana Amir dilahirkan.

Adik beradikmu abang dan kakak,
Abah dan emak hidup bersama,
Menyusu, meniarab, menyulur, merangkak
Membesar sihat riang dan ceria

Abah, emak, dan juga kak long,
Kakngah, abang Dil lelaki sulung,
Belajarlah bersungguh gigih dan tekun,
Kerana PT3 sedang  berlangsung.

Bersemi sayang bersulam iman
Di Hospital Besar Amir dilahirkan
17 lapan  19  sembilan puluh sembilan,
Selamat Ulang Tahun kami titipkan,


Suruhan Allah mari beramal,
Kejayaan menanti dengan gemilang,
Bersama mendoakan Amir Akmal,
Semoga berjaya dengan cemerlang.

Selamat Hari Jadi kami ucapkan,
Kepada Amir Akmal penyejuk hati,
Kasih kekal bersamamu tuan,
Dari hidup sampai ke mati.


`Selamat Hari Jadi yang ke 15!!’

Dari,
Abah, Emak, KakLong, KakNgah, dan Abang Aidil.
Senyum Selalu.  J

Selasa, 30 Julai 2013

DOA DHUHA


“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”