Khamis, 2 Oktober 2008

Kisahku

Namaku Rosni binti Tugimin......seluruh familiku memanggil com dengan sebutan chom (ianya singkatan daripada nama yang dipanggil ibu iaitu COMEL) - agaknya akulah paling kiut dan comel dalam family justeru dapat nama jolokan itu...

Kini usia mencecah 40an (39+) tanggal 13hb Mac 1969 aku dilahirkan. Surirumah sepenuh masa. Namun semenjak anak sulung belajar di Universiti (UiTM Shah Alam kampus Alor Star) akulah yang menghantar dan mengambilnya pulang wlaupun kereta dan lesen kereta telahpun diperolihinya...Bukan aku tak harap, tapi dia yang masih tak percaya diri sendiri udah ada lesen kereta.

Dinihari aku sibuk sediakan sarapan (selalunya minuman sahaja) kepada mereka, hantar Kak Long (Ain Hidayah), 7.45am kerana jam 8 kuliah dia start. Pulang dan kurang lebih jam 10am aku akan memandu lagi, kini membawa Intan Sapinas, (anak saudara Pengurus ADZ Floral ke kedainya) Aku akan bersamanya sehinggalah jam kurang lebih 12.15pm. Aku akan drive pulang ke rumah kerana mengambil anak lelakiku Aidil Arif untuk di hantar ke sekolah (STAR). Yang ini baru Form 2. Sekolah sidang petang. Ketuh ketih ketuh ketih hantar anak ke sekolah, biasanya aku akan terus ke kedai membantu apa yang wajar di ADZ Floral...ada gangguan (anak minta tuala nak mandi) nanti aku sambung...bye